Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yangdikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?
Komen dari aku plak:)
*awal cite ni bosan siket..maybe hantu dia x kua lagi kot...so base jela..
*bila part si pierre andre da bukak hijab die..lepas tu baru syok tengok...SASPEN GILER!
*hantu dalam filem ni suke sangat maen CAK CAK haha bak kate rumet aku dila..
*scene yang paling aku suke mase hantu menyamar jadi awek rafael..aku mati2 piker si awek die saje gurau2..rupanye? CAKKKKK BETOL2 HANTU!--->sume penonton memang jerit giler la..
*dialog yang paling aku suke...dari scene hantu menyamar fathia gak...dialog dia camni "BILA MASA PULAK SAYA BALIK" zasss hantu kua..haha aku suke part tu..
*aku bagi★ ★ ★ ★ ★ / ★ ★ ★ ★ ★ sebab budak laki area sebelah aku jerit doh..haha x bole blah
*filem paling seram bagi aku
*thats all :)
minggu ni memang stress gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....
STRESS KAN??? hihi
wey aku x tahu mane satu yang betol...
aku nak amik ke x??
aku nak amik tapi aku x bole bawak untuk sem ni...
sem ni berat woooo...
major + minor = pengsan~
pihak sane pon satu..
cube bincang and umumkan betul2...
yang stress aku...korang??
i dun know~
eeee serabutnya.....
apa aku nak buat????
amik ke tidak???
*rase menyesal masuk.........
*rase menyesal x buat keputusan yang betul dulu.....
hmmm...jas pendapat aku jela...x de kene mengena ngan aku pon...sesaje je..hihi
aku taw la lelaki kat dunia ni lagi siket dari perempuan..tapi cari la yang bujang lagi or duda ke..laki orang jugak ko nak kebas...kalau bini first izinkan xpela...
kalau bini first x bole terima kau?? JUST BLAH LA WEYYY...merosakkan kebahagiaan orang lain je..>waw emo nye aku :)
n laki pon 1...tepuk sebelah tangan xkan berbunyi...ko pon layan jekkk....ni mesti main tepuk amai-amai ni...^___^
aduyai...hal2 macam ni la yang wat aku takut nak kawen..pasrah jela...
aku nak cite pasal KASIH ALIA!! esok episod last!!!! eh da pukul 12.04am..kira petang nanti la...hehe
sape yang x layan cite tu memang RUGI GILER...cite tu stat bulan ramadhan lepas..time tu aku ade kat umah...seminggu lepas aku da balik u...so terpakse layan kat tonton..
aku tengok cite memang feeling gilerr la...memang sedeh..sinopsis cite tu??malas aku nak cite..korang search kat blog lain jela..HAHAHA...aku bagi pic cite tu je ok!
10000000000 stars!!!
sinopsis >>>>>hihihi :P
Akibat dendam, 2 orang kanak-kanak iaitu Kasih dan adiknya Qabil telah menjadi korban dalam sebuah tragedi hitam hingga memaksa mereka terjerumus di dalam sindiket menjual kanak-kanak. Mereka kemudian terpisah, namun takdir telah menemukan semula mereka selepas bertahun-tahun lamanya. Bagaimana pertemuan itu berlaku dan adakah Kasih dan Qabil mengetahui bahawa mereka mempunyai pertalian darah? Semua itu dapat disaksikan dalam drama bersiri terbaru Kasih Alia' terbitan JS Pictures. Menggantikan drama bersiri Dewa Cinta di slot Akasia mulai 1 Ogos yang lalu, Kasih Alia telah mendapat sentuhan kreatif daripada pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland. Drama bersiri 26 episod ini membariskan pelakon seperti Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain. Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis. Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya. Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha dan telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu. Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia. Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil. Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia. Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril. Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?